Pengarah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, Dr. Othman Warijo berkata, pada tahun lepas sahaja lebih 3,000 pelajar tingkatan empat di negeri ini menjalani saringan tersebut dan sebanyak 26.9 peratus atau lebih 1,000 daripada mereka disahkan pembawa talasemia iaitu penyakit yang diwarisi.

"Kami membantu golongan ini dengan memberi kaunseling termasuk memilih pasangan untuk menghindar penyakit ini merebak melalui perkahwinan," katanya  selepas merasmikan sambutan Hari Talasemia dan Hari Penderma Darah Sedunia peringkat HTF tahun ini di sini hari ini.

Beliau berkata, ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan anak-anak mereka menjalani ujian talasemia oleh KKM.

Dalam perkembangan lain, Dr. Othman berkata, bekalan darah di Perlis mencukupi kerana kesedaran orang ramai untuk merdema berada pada tahap tinggi.

Katanya, sepanjang Ramadan lepas, Tabung Darah HTF menerima 700 hingga 780 pain darah setiap hari.

Orang ramai yang ingin menderma darah boleh melakukannya di Unit Tranfusi Darah HTF yang dibuka setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad bemula pukul 8 pagi hingga 5 petang atau menghubungi talian 04-9738197. - Bernama