Majistret Nurulhuda Zakariya membenarkan tempoh reman sehingga Khamis ini bagi membolehkan siasatan terhadapnya dijalankan.

Penguam Bela kepada Samirah, Hisyam Teh Poh Teik berkata, pihak polis meminta supaya Samirah direman lagi tujuh hari namun ditolak dan hanya dibenarkan menjadi tiga hari sahaja.

“Tahanan reman tujuh hari diminta oleh pihak polis adalah atas alasan untuk menjalankan siasatan.

“Namun begitu, pihak kami membantah terhadap permohonan tersebut kerana proses soal siasat tidak boleh dijadikan alasan untuk memanjangkan tempoh reman,” katanya kepada media ketika ditemui di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan isteri kepada CEO Cradle Fund Sdn. Bhd. itu dan bekas suami kepada wanita ditahan reman seminggu bermula 4 September sehingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian CEO itu yang mayatnya di­temui terbakar di rumahnya pada Hari Raya Aidilfitri 14 Jun lalu. - K! ONLINE