Timbalan Pengerusi Eksekutif T7 Global, Tan Sri Tan Kean Soon berkata, pembinaan bangunan tambahan di sekolah yang menempatkan 104 murid daripada komuniti Orang Asli tersebut merupakan salah satu daripada program tanggungjawab sosial korporat syarikatnya.

"Bangunan tambahan yang mengandungi empat kelas ini dibina pada November 2016 dan siap sepenuhnya serta mula digunakan baru-baru ini.

"Kami berharap kemudahan ini bukan sahaja memberi keselesaan kepada murid Orang Asli terbabit malah mampu meningkatkan kehadiran mereka ke sekolah pada setiap hari," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyerahan bangunan tambahan tersebut yang disempurnakan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid di SK Sungai Berua, Kuala Berang di sini hari ini. - K! ONLINE