"Laporan itu adalah fitnah dan tidak benar....Itu fitnah dan penipuan serta memalukan hero kebangsaan kita. Perbezaan politik itu biasa tapi kita tidak boleh lupa jasa beliau yang telah mengharumkan nama negara," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Ahli Parlimen Muar itu juga menafikan akaun milik jaguh badminton itu dibekukan kerana dikaitkan dengan dana 1MDB.

Syed Saddiq berkata, Chong Wei mengesahkan bahawa beliau dapat tidak beraksi pada Kejohanan Dunia dan Sukan Asia selepas mengalami masalah pernafasan yang memerlukan beliau berehat selama sebulan.

"Pada minggu lepas, saya berkesempatan ke rumah beliau di mana beliau telah mengekspresikan terpaksa menarik diri daripada Sukan Asia dan Kejohanan Dunia kerana masalah pernafasan. - Bernama