Pegawai Hidupan Liar SFC, Christopher Kri Ubang berkata monyet  jantan itu dikesan mengalami kecederaan sejak kira-kira seminggu lalu di taman negara yang dibuka pada tahun 1957 dan terletak kira-kira 37 kilometer dari bandar raya Kuching.

Katanya, sebaik dimaklumkan tentang  kecederaan dialami monyet itu, tiga anggota SWAT SFC dibantu dua kakitangan Pusat Hidupan Liar Matang serta beberapa kakitangan

Taman Negara Bako bertindak memantau keadaan monyet itu sejak semalam sebelum menangkapnya pagi tadi.

"Kita dapat laporan menyatakan   monyet proboscis ini cedera di bahagian ekor dipercayai akibat pergaduhan kerana terdapat kesan 'gigitan'.

"Akibat kecederaan itu Orang Belanda ini dilihat mengasingkan diri daripada kumpulan besar monyet-monyet proboscis lain. Berikutan itu kita jalankan operasi menyelamat dan berjaya menangkapnya kira-kira 10 pagi tadi," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Terminal Bot, Taman Negara Bako. - Bernama