Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, suspek ditangkap selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita yang kerugian kira-kira RM1,000 selepas cermin keretanya dipecahkan pada pukul 10 malam, 1 Mac lalu. 

Menurut beliau, berdasarkan maklumat daripada mangsa, sepasukan anggota polis berjaya mengesan dan menahan suspek ketika dia memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora di Taman Jayamas dekat sini hampir dua jam kemudian. 

"Pemeriksaan lanjut di sebuah rumah di Taman Bukit Sentosa, Seremban pada 2 Mac lalu menemui sejumlah bank kuasa, telefon bimbit, beberapa utas jam tangan dan beg tangan serta dokumen milik orang lain.

“Suspek terbabit ditahan reman selama empat hari sehingga hari ini (semalam) bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - K! ONLINE