Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, Norlina Mohd Noor, 55, dari Kampung Tersang, Raub maut di tempat kejadian akibat cedera parah selepas diseret beberapa meter oleh sebuah kereta jenis Perodua Kelisa.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Wan Mohd Zahari Wan Busu memberitahu, pemandu kereta yang datang dari arah Kampung Cheroh ke Kampung Tersang dipercayai mengantuk dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda itu.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat manakala pemandu kereta terbabit hanya cedera ringan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu kereta berkenaan turut menjalani ujian air kencing namun keputusannya negatif," jelasnya. - K! ONLINE