Tertuduh, Nor Zarina Mohd. Amran, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Nor Zarina didakwa menganiaya fizikal mangsa yang ketika itu berusia 7 tahun dengan mencubit paha kiri sehingga lebam di sebuah rumah di Taman Kelubi Damai, Jasin pada  pukul 7 pagi, 17 November 2017.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali dengan syarat tambahan menyempurnakan bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik dan melaksanakan khidmat masyarakat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Timbalan Pendakwa Raya, Lee Wai Yi mencadangkan jaminan yang tinggi ke atas tertuduh berserta syarat tambahan supaya tidak mendekati mangsa sehingga kes selesai. - K! ONLINE