Tertuduh, berusia 46 tahun yang memakai baju-T berwarna biru gelap sama seperti yang dipakai ketika didakwa Jumaat lalu, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan satu persatu di hadapan Hakim Azrul Darus.

Berdasarkan pertuduhan pertama sehingga ke 253, lelaki itu yang dipanggil ‘Paksu’ oleh ketiga-tiga mangsa didakwa telah melakukan sumbang mahram iaitu bersetubuh dengan anak saudaranya, seorang perempuan yang tidak boleh dikahwini, sejak mangsa berusia enam tahun.

Tertuduh, yang telah berkahwin tetapi tidak mempunyai anak itu, dituduh melakukan kesemua perbuatan itu di rumah flatnya di Ampang, di sini, antara Januari 2006 dan Disember 2013.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan  yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. - Bernama