Menurut Mohd. Hayazee Ramly, dia dan isterinya,  Nik Nurul Idayu Nik Mat membuat keputusan tersebut kerana perniagaan mereka berkembang maju sejak tiga tahun lalu.

"Ini merupakan kali kedua saya memberikan pakaian secara percuma kerana majlis sama saya adakan pada tahun lalu.

"Sokongan pelanggan menyebabkan perniagaan saya terus berkembang maju sehingga sekarang dan mempunyai cawangan di Kelantan dan Kuala Lumpur. 

"Nilai keseluruhan 10 tan pakaian yang didermakan secara ikhlas itu kira-kira RM10,000," katanya di sini hari ini.

Stok pakaian terpakai  Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat itu diperolehi Hayazi daripada pembekal di Klang, Selangor. - K! ONLINE