Setiausaha sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Selangor kesal dengan laporan tidak benar yang sedang tular di media sosial mengaitkan baginda dengan campur tangan dalam pelantikan jawatan Perdana Menteri. 

"Justeru, baginda sekali lagi mengingatkan rakyat supaya tidak mudah mempercayai berita-berita palsu di internet atau media sosial yang bertujuan untuk mewujudkan ketegangan antara pihak Istana dengan kerajaan negeri atau persekutuan dan menganggu gugat keharmonian rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - K! ONLINE