Sultan Sharafuddin ialah Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Turut menghadap baginda pada pertemuan yang berlangsung kira-kira sejam itu ialah Panglima TLDM Laksamana, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Mohamad, yang ditemui pemberita kemudian, berkata pelbagai topik disentuh baginda untuk perhatian Kementerian Pertahanan, antaranya berkaitan peralatan dan perolehan selain usaha untuk terus memperhebat TLDM.

"Baginda memberi nasihat yang cukup baik supaya kementerian melihat bagaimana untuk memastikan segala aset serta peralatan yang ada sentiasa diletakkan dalam mod siap siaga dan jika ada keperluan pembelian (aset dan peralatan baharu), ia mestilah sesuai dengan kehendak semasa angkatan laut di seluruh dunia. - Bernama