Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) merangkap Setiausaha Lembaga Pengampunan Negeri Selangor, Zamani Ahmad Mansor berkata, ini kerana, baginda selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan Negeri Selangor mendapati bilangan kes jenayah pengedaran dadah melibatkan golongan tersebut yang dibawa kepada lembaga itu amat tinggi.

Menurut Zamani Ahmad, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam laporannya menyebut, hasil daripada ujian air kencing yang dijalankan, didapati seramai 1,829 daripada 370,285 pelajar dari 178 sekolah disahkan positif dadah.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berasa gusar dan berdukacita dengan perkembangan kes-kes sedemikian kerana ia akan mendatangkan implikasi yang negatif kepada golongan muda dalam negeri Selangor.

"Gejala pengedaran dadah telah menjadi semakin serius dan kritikal serta telah mengundang kesengsaraan kepada deretan mangsa najis dadah beserta keluarga mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama