Mesyuarat dua hari bermula hari ini itu turut dihadiri semua raja Melayu kecuali Pahang dan Kelantan.

Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, manakala Kelantan diwakili Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra.  

Pada hari pertama mesyuarat yang bermula 10.30 pagi itu, raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Ketua Menteri masing-masing.  

Sementara itu, Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud diiringi Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. 

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dijadual berangkat menghadiri mesyuarat itu esok. - Bernama