Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Sultan Nazrin bertitah sedemikian sebagai tanda bersedih dan berdukacita rakyat negeri itu atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, pagi ini.

"Bagi pihak kerajaan dan rakyat Perak Darul Ridzuan turut merafak sembah takziah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultanah Kalsom dan kerabat diraja Pahang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Faizal Almarhum Sultan Ahmad Shah telah meninggalkan banyak jasa sebagai Sultan Pahang kelima dan Yang di-Pertuan Agong ketujuh kepada negara, negeri serta rakyat. 

Katanya sebagai seorang Sultan yang terkenal dengan ungkapan "Raja dan Rakyat Berpisah Tiada", Almarhum Sultan Ahmad Shah meninggalkan legasi dalam pelbagai bidang merangkumi agama, pentadbiran, ketenteraan, pendidikan, budaya, sosial, kebajikan dan sukan.

Menurut Ahmad Faizal, Almarhum Sultan Ahmad Shah juga terkenal sebagai seorang Sultan yang sentiasa mendekati, mesra serta senang didampingi rakyat jelata. - Bernama