Darjah kebesaran itu dipersembahkan oleh Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang ke-61, bulan lalu.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran tersebut berlangsung pada pukul 12 tengah hari ini.

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah berkenan hadir pada istiadat berkenaan.

Turut hadir ialah Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Datuk Seri Mohamad Othman Zainal Azim; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang membacakan doa selepas istiadat penganugerahan darjah kebesaran itu selesai. - K! ONLINE