Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dalam satu kenyataan dimuat naik dalam laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini berkata keputusan itu dibuat susulan permohonan maaf yang diterima baginda daripada Kamal Hisham.

Selain itu, ia atas nasihat dan persekutuan Jumaah  Majlis Diraja serta mengambil  berkat bulan Ramadan.

"Dengan limpah keikhlasan Tuanku yang amat sangat, suka sedia dan berkenaan menerima permohonan tersebut dan mengampunkan Kamal Hisham Jaafar tanpa apa-apa syarat.

"Tuanku berharap Encik Kamal Hisham akan dapat meneruskan kehidupannya dengan kesejahteraan, amana dan damai," kata beliau.

Kamal  Hisham, 47, sebelum ini, berdepan dua pertuduhan pecah amanah melibatkan wang sebanyak RM533,000; sembilan pertuduhan ter babit dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah hampir RM150,000 dan enam pertuduhan di bawah Akta Syarikat.

Bagi pertuduhan pecah amanah, Kamal Hisham didakwa menggunakan dua syarikatnya untuk memasuki perjanjian penyewaan ruang niaga bernilai RM515,000 dan RM18,000 di bangunan JB Sentral tanpa persetujuan Lembaga Pengarah syarikat Southern Ads pada Di sember 2009 dan Oktober 2010.

Di bawah pertuduhan Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001 pula, dia didakwa menerima sembilan keping cek berjumlah RM149,518.33 yang merupakan hasil aktiviti haram di Bank Muamalat Malaysia Bhd. cawangan Taman Johor Jaya di sini antara 18 Mac dan 5 Ogos 2010.

Bagi enam pertuduhan di bawah Akta Syarikat, Kamal Hisham didakwa telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengarah dan pemegang saham Southern Ads serta gagal mendedahkan kepentingannya dalam dua syarikat lain berhubung urus niaga sewaan ruang perniagaan di JB Sentral antara 7 Ogos 2009 dan 31 Julai 2011.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan tersebut dan telah dibicarakan.

Sepanjang tempoh perbicaraan sejak Januari tahun lalu, sebanyak 26 saksi pendakwaan telah dipanggil dan dua peguam bela iaitu Datuk Shaharudin Ali dan Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz dilantik bagi mewakilinya.

Dalam pada itu, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz  ketika dihubungi Bernama melahirkan rasa syukur terhadap keampunan itu.

Menurutnya, pihaknya sedang dalam proses untuk menguruskan beberapa urusan pentadbiran dan dokumentasi dengan Jabatan Peguam Negara untuk proses pembebasan Kamal Hisham.

"Disebabkan kesuntukan masa untuk cuti Aidilfitri, kemungkinan Kamal hanya boleh dibebaskan pada minggu pertama selepas cuti Aidilfitri. Makluman lanjut akan di maklumkan dari masa ke semasa," katanya. - Bernama