Titah Sultan Ibrahim, baginda juga minta kerajaan dilantik serta merta dan jangan buang masa lagi.

"Pilihan Raya telah berlalu dan saya minta semua menghormati suara rakyat yang mana rakyat berkehendakkan kerajaan yang baharu.

"Ini kerana untuk kepentingan rakyat bukan kepentingan saya dan individu, saya harap perkara ini sampai kapada seluruh rakyat Johor dan Malaysia yang mana saya cinta," titah baginda dalam klip video yang dimuat naik pada lama Facebook, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebentar tadi. - K! ONLINE