Ketibaan Baginda di Perdana Putra di sini pada kira-kira pukul 11.25 pagi, disambut Mahathir dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Selepas pertemuan dengan Mahathir, Baginda dijadual menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Brunei mengenai pergerakan tahanan.

Selain Saifuddin, anggota Kabinet yang turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Baginda seterusnya dijangka berangkat ke majlis santapan tengah hari yang dihoskan Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali bagi meraikan Baginda di Seri Perdana.

Sultan Hassanal Bolkiah berangkat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang semalam bagi lawatan dua hari ke Malaysia. - Bernama