Pemenang pingat emas Kejohanan Dunia 2017 itu sekadar menamatkan saingan di tempat kesembilan daripada 17 peserta dengan kutipan 9.59 mata dalam acara Changquan lelaki pada aksi di Dewan B, Expo Antarabangsa Jakarta.

Seorang lagi wakil negara, Yeap Wai Kin pula menduduki tangga kelapan dengan kutipan 9.63 mata.

Pingat emas dimenangi atlet China, Sun Peiyuan yang mengumpul 9.75 mata, disusuli atlet tuan rumah, Marvelo Edgar Xavier, perak (9.72 mata) manakala wakil Taiwan, Tai Tsemin terpaksa berpuashati dengan kutipan gangsa dengan catatan 9.70 mata.

Weng Son yang ditemui pemberita Malaysia selepas aksi berkenaan mengakui kesilapan ketika  melakukan pendaratan menjadi punca beliau gagal meraih kutipan mata yang lebih baik. - Bernama