Katanya, tidak mustahil untuk Malaysia mencapai kejayaan itu dan mengulangi kegemilangan kontinjen negara pada edisi 2010 di Guangzhou, China. 

"Jika Malaysia pernah menamatkan saingan di kelompok 10 terbaik pada temasya sebelum ini, saya tidak nampak mengapa kontinjen kita pada kali ini tidak boleh mengulangi kegemilangan itu pada 2018, atau pun melakukan sesuatu yang lebih baik daripada itu.

"Saya yakin kontinjen kali ini amat berkemampuan untuk mencatatkan kejayaan yang lebih bermakna, Insya-Allah," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, Malaysia mempunyai atlet-atlet bertaraf dunia seperti Al Jufferi Jamari (silat), Azizulhasni Awang (lumba basikal), Wong Weng Soon (Wushu) selain pasukan boling wanita dan skuad hoki lelaki yang tidak kurang hebatnya. - K! ONLINE