Menurut Nasri Ibrahim, 56, dia melakukan beberapa persiapan awal sebelum mula bekerja bermula pukul 7 pagi hingga 5 petang setiap hari.

 "Sebelum mula bekerja, saya akan minum minuman panas seperti teh atau kopi untuk memanaskan badan.

 "Selain itu, saya akan memakai baju dua lapis untuk mengurangkan kesejukan.," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

 Dalam pada itu, suhu yang direkodkan setakat pukul 7 pagi hari ini di Kangar ialah 23 darjah Celcius. - K! ONLINE