Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr  Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata langkah itu bertujuan meningkatkan kesedaran dalam menangani isu alam sekitar yang harus dipupuk sejak kecil.

Beliau  berharap subjek ini melahirkan generasi yang cakna perihal perubahan suhu dunia.

"Sebab setiap belia ini sering membangkitkan isu alam sekitar... jadi secara komprehensif kita perkenalkan subjek ini di sekolah dan kita berharap menjelang 2050 seluruh rakyat Malaysia akan tahu mengenai kepentingan alam sekitar." katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan dan Simposium  ASIAWATER  2018, di ibu negara hari ini.

Wan Junaidi menerangkan,  pengenalan subjek ini hasil kerjasama pelbagai pihak seperti  Kementerian Pelajaran dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. - Bernama