Tertuduh, N. Somoo, 38, yang merupakan pemandu lori itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan dalam bahasa tamil di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan sama adalah rakannya, V. Chandramogan, 42, yang merupakan kelindan lori.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa cuba membunuh R. Komathi, 43, dengan menggunakan parang di hadapan sebuah kilang di Taman Perindustrian Klang Jaya, pukul 8 pagi , 8 Mac lalu.

Jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Peguam K. Nathiya yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon wang jaminan dikurangkan berikutan anak guamnya  merupakan penanggung utama keluarga dengan pendapatan masing-masing berjumlah RM2,000 dan RM700. - K! ONLINE