Ahmed R.S.Awaja dan isterinya, Doaa S.I.Awaja, kedua-duanya berusia 33 tahun adalah antara 1,000 graduan daripada 70 negara yang menerima ijazah mereka pada majlis konvokesyen yang disempurnakan  Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua'adzam Sultan Ahmad Shah.

"Menjadi negara yang bergolak, ini merupakan pengalaman yang membuka mata saya dan saya diberi peluang untuk cemerlang bagi mencapai potensi dan matlamat hidup.

"Saya berhasrat untuk berkongsi pengetahuan yang saya perolehi untuk memperbaiki kehidupan penduduk di Gaza. Ijazah doktor falsafah (PhD) ini membolehkan saya untuk bersuara lebih lantang, mencari penyelesaian dan berbahas (mengenai situasi yang berlaku di Gaza)," kata Doaa, ibu kepada tiga anak itu.

Turut hadir pengasas dan presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing. - Bernama