Tertuduh, Ishak Abu Hassan, 40 dan Elmirushuda Amerudi, 27 mengaku tidak bersalah selepas setiap mereka dibacakan lima pertuduhan dihadapan Penolong Kanan Pendaftar Ti Pei Si.

Mengikut kertas pertuduhan tertuduh telah melakukan kesalahan berkenaan antara Mei hingga Julai tahun lalu di dua lokasi iaitu Balai Raya Felda Lakum dan Sekolah Agama Rakyat Felda Lakum, Lancahang di sini.

Ishak didakwa mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana telah memperdaya pembayaran pakej umrah berjumlah RM53,224.

Manakala isterinya didakwa mengikut seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama 420 akta sama kerana bersubahat.

Jika disabit kesalahan kedua-duanya boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor M Sutakar Muniandy manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Varunchelvam Manimuthu. - K! ONLINE