Pasangan tersebut iaitu Mohd. Ikhram Ab. Azit, 22, dan Nur Syafiqah Jaafar, 22, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Turut maut dalam kemalangan itu anak dalam kandungan Nur Syafiqah yang berusia lima bulan.

Pemandu Perodua Myvi, Azlan Nasir, 27, turut mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohamed Piah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 6.45 pagi.

Menurutnya, siasatan awal  mendapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah Rantau Panjang ke Pasir Mas dikatakan cuba memotong kenderaan lain di laluan berkenaan.

"Bagaimanapun Perodua Myvi itu gagal memotong menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut telah bertembung," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE