Baginya, tidak sukar untuk beliau mengalahkan Timbalan Presiden UMNO itu kerana Mohamad didakwa gagal menjalankan tugas kepada penduduk DUN Rantau sepanjang menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Beliau memberi contoh isu banjir yang dihadapi oleh penduduk Kampung Bemban dekat sini sejak beberapa tahun lalu gagal ditangani oleh kerajaan negeri terdahulu dengan baik.  

"Itu pandangan penganalisis. Bagi saya tidak sukar. Kita buat kerja dan Tuhan akan memberi kemenangan. Itu kredibiliti beliau. Kita ada kredibiliti kita.

"Bagaimanapun, kita lihat macam isu Sungai Bemban (yang menyebabkan banjir), sudah berapa tahun jadi Menteri Besar tetapi tidak berbuat apa-apa. Saya fikir beliau telah gagal (sebagai Menteri Besar)," dakwanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau masalah banjir di Kampung Bemban dekat sini hari ini. - K! ONLINE