Menurut Ketua Seksyen Bahagian Perolehan Darah PDN, Dr. Thane Moze Darumalinggam, bekalan darah daripada kumpulan berkenaan berada pada tahap sederhana.

"Buat masa ini, bekalan darah di PDN memang mencukupi, cuma darah A berada pada tahap sederhana. 

"Jangan percaya mitos kononnya jika seseorang itu derma darah ia akan membuatkan berat badan mereka akan naik dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas Program Derma Darah bersempena Ulang Tahun Bahagian Perkhidmatan Anggota ke-60 di Kem Kementah, di sini hari ini.

Turut hadir Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mej Jen Datuk Azlan Abd Rahman.

Sementara itu, Azlan berkata pihaknya menyasarkan kutipan 400 beg darah pada program sehari bermula 8 pagi tersebut.

"Warga tentera digalakkan untuk menderma darah kerana ia adalah satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat," katanya. - Bernama