Dalam tempoh itu, ketinggiannya dijangka menyusut dari 182.462 kilometer ke 182.407km, menurut ramalan terkini 're-entry' stesen angkasa berkenaan yang dimaklumkan Agensi Angkasa Negara (Angkasa).

Dalam satu kenyataan malam tadi, Angkasa mengingatkan orang ramai supaya tidak me­nyentuh atau mengambil sebarang objek mencurigakan disyaki daripada kejadian 're-entry' itu. - K! ONLINE