Lima individu itu dipercayai tiga daripadanya kakitangan Hospital Lahad Datu serta seorang pesakit kanak-kanak dan ibunya dalam perjalanan ke hospital dari Tungku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Darren John berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.28 petang dan menghantar tujuh anggota bersama sebuah jentera, kenderaan utiliti serta van pasukan Perkhidmatan Bantuan  Kecemasan Perubatan  (EMRS) ke lokasi.

"Di lokasi, dua mangsa lelaki iaitu pemandu ambulans dan penumpang hadapan tersepit serta cedera di kaki dan berjaya dikeluarkan anggota bomba.

Manakala di ruang kru kabin terdapat tiga mangsa iaitu seorang jururawat wanita bersama pesakit kanak-kanak lelaki berumur enam tahun dan ibunya cedera ringan," katanya ketika dihubungi di sini.

Darren berkata kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut. - Bernama