Ketibaan SPRM dipercayai diketuai Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull bertujuan untuk bertemu Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin.

Difahamkan, pertemuan tersebut berhubung dakwaan Daim mengenai transaksi tanah yang meragukan di ibu negara ketika pentadbiran kerajaan terdahulu.

Semalam, Daim mendakwa sekurang-sekurangnya 91 transaksi lot tanah di pusat bandar adalah meragukan.

"Kita dah siasat semua dan telah hantar kepada SPRM. Esok (hari ini) SPRM akan jumpa saya dan jika ada kesalahan dalam transaksi tanah ini, SPRM akan ambil tindakan," katanya. - K! ONLINE