Menurut sumber SPRM, pihaknya akan membuat permohonan reman terhadap seorang bekas pengerusi dan seorang ketua pegawai eksekutif agensi kerajaan itu di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini esok.

Siasatan terhadap kedua-dua individu berkenaan dibuat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 iaitu kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan pegawai badan awam.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM dijangka membuat permohonan reman terhadap seorang bekas pengerusi agensi kerajaan dan seorang ketua pegawai eksekutif di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini esok.

Pada 11 Jun tahun lalu, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab mengesahkan bahawa SPRM telah merampas dokumen-dokumen tertentu semasa kunjungan ke ibu pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Putrajaya. 

Terdahulu, pada 31 Mei tahun lepas, sebuah akhbar bahasa Inggeris tempatan melaporkan bekas Pengerusi Tourism Malaysia, Wee Choo Keong menimbulkan persoalan mengenai perjanjian RM99 juta antara syarikat tempatan dan Tourism Malaysia yang didakwa ditandatangani dalam masa satu hari.

Choo Keong yang melabelkan kontrak itu sebagai 'Perjanjian Speedy Gonzales' juga mendakwa ia dibuat tanpa pematuhan ketetapan pemerolehan kementerian. - K! ONLINE