Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, wang tersebut berjaya ditemui semula daripada enam buah kondominium di sekitar Kuala Lumpur dan Cyberjaya termasuk pejabat suspek yang telah ditangkap.

“Kami percaya jumlah keseluruhan wang ialah RM49.3 yang telah dibawa masuk ke negara ini sejak tiga bulan lalu daripada sebuah negara untuk kegunaan kerajaan.

“Ingin saya jelaskan bahawa wang ini diklasifikasikan sebagai milik kerajaan kerana ia diuruskan oleh pegawai-pegawai kerajaan,” katanya pada sidang akhbar berhubung kes tersebut di sini hari ini.

Azam berkata, sehingga kini seramai sembilan orang telah ditangkap dan 20 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk tiga orang saksi daripada luar negara.

“Saya juga ingin mengesahkan SPRM telah menangkap seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun di Kelantan semalam.

 “Lelaki ini mempunyai status penduduk tetap di United Kingdom dan sering berulang alik ke negara ini,” jelasnya. - K! ONLINE