Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pemain Kedah terbabit dipanggil untuk mengambil keterangan bagi melengkap siasatan mengenai tuduhan tersebut.

Bagaimanapun, menurutnya, beliau masih belum menerima laporan mengenai jumlah dan nama pemain yang telah dipanggil SPRM sejak beberapa hari lalu.

"Saya tidak boleh menghalang SPRM untuk memanggil pemain Kedah untuk membantu siasatan selepas tuduhan tersebut menjadi viral dan laporan rasmi belum diterima.

"Itu ada hak SPRM dan kita tiada bantahan," katanya kepada pemberita selepas Program Chillex Menteri Besar Bersama Rakan Media Sosial di sini petang tadi.

Ahmad Bashah menambah, pihak pengurusan termasuk jurulatih, Mohd. Nidzam Adzha Yusoff pula masih belum dipanggil SPRM untuk siasatan lanjut. - K! ONLINE