Titah Seri Paduka menyentuh perkara berkaitan isu penyelewengan, ketirisan, rasuah dan pembocoran maklumat kerajaan yang melibatkan penjawat awam dan bekas kakitangan kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya menjunjung titah Seri Paduka sebagai satu cabaran dan berazam untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab dalam memerangi rasuah dengan lebih komited dan efisien.

"Sebagai satu-satunya penguat kuasa yang dipertanggungjawabkan untuk memerangi rasuah di negara ini, SPRM akan memastikan titah Seri Paduka terlaksana sepenuhnya dan akan menjalankan tanggungjawab tersebut dengan menggunakan segala kemampuan yang ada.

"SPRM juga akan terus menambah usaha untuk memerangi penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa serta membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan," katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. - K! ONLINE