"Tempoh tiga tahun dipilih kerana pada 2020 Malaysia seharusnya sudah mencapai status negara maju," kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki.

Beliau berkata, sebanyak 665 kertas siasatan dibuka sepanjang tahun 2016 hingga Februari tahun ini (2017) melibatkan penjawat awam.

"Ini menunjukkan betapa seriusnya rasuah dalam kalangan penjawat awam dan kita (SPRM) khuatir jumlah ini akan terus meningkat sekiranya tidak dibendung dari sekarang," katanya pada majlis Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Bersama SPRM di KKLW di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Bernama