Timbalan Pengerusinya, Tan Sri Othman Mahmood berkata, pengundi juga dinasihatkan supaya merancang masa dan tidak memilih untuk keluar mengundi di saat-saat akhir walaupun tempoh waktu mengundi telah dilanjutkan dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang.

"Kita juga meminta para pengundi agar membuat semakan maklumat daftar pemilih mereka lebih awal sebelum hari pengundian. 

"Semakan awal bertujuan memudahkan pengundi untuk merancang perjalanan serta mengelakkan mereka menghadapi masalah kesesakan di pusat mengundi khususnya di barung semakan SPR," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Othman berkata, pengundi boleh membuat semakan saluran dengan melayari portal rasmi SPR di www.spr.gov.my ; menghubungi talian  03-88927018; menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888 atau menyemaknya melalui aplikasi MySPR Semak.

Selain itu, pengundi juga dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri yang rasmi dan sah pada hari mengundi serta tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak lain selain daripada petugas pilihan raya. - K! ONLINE