Setiausahanya, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata, SPR mendapat reaksi pelbagai untuk Pilihan Raya Kecil (PKR) berkembar Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia, selepas kedua-duanya diadakan serentak hari ini, buat pertama kali lalui tempoh kempen terpanjang dalam sejarah.

"Masadi PRK Sungai Kandis hari itu kita beri 14 hari, untuk kedua-dua PRK ini kita beri 21 hari dan kita akan buat penilaian untuk mencari satu jangka masa lebih sesuai.

"Ada yang kata PRK ini tidak perlu tempoh terlalu panjang, kita aka nmelihat semualah. Kita kena juga dapatkan maklum balas daripada calon dan parti yang bertanding, itu kita kena kaji lagi," katanya ketika ditemui semasa meninjau Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Balakong, antara pusat pengundian bagi PRK Balakong, pagi ini.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Eddie Ng TienChie dalam kemalangan jalanraya 20 Julai lepas, menyaksikan persaingan dua penjuru antara calon PH Wong Siew Ki menentang calon MCA, Tan Chee Teong. - Bernama