Snapchat, aplikasi penghantaran mesej berbilang media bakal menyertai Instagram dan rangkaian sosial Google+ serta laman sosial pelopor dalam kumpulan itu iaitu YouTube, Microsoft, Twitter dan Facebook dalam ‘kod tata laku’ untuk melihat kandungan yang mencurigakan dalam masa 24 jam dan mengeluarkannya.

“Saya mengalu-alukan komitmen Snapchat untuk menangani kandungan dalam talian yang tidak sah.

“Peningkatan jumlah peserta membuktikan bahawa Kod Etika EU adalah cara yang efisien untuk menjadikan internet tempat yang lebih selamat. Ini amat penting kerana ia akan membantu melindungi generasi muda yang menggunakan Snapchat,” kata Pesuruhjaya Kehakiman EU, Vera Jourova dalam satu kenyataan.

EU bergabung dengan firma internet gergasi yang berpangkalan di AS sejak dua tahun lalu di sebalik kemelut yang semakin memuncak di Eropah berhubung penggunaan media sosial sebagai alat merekrut terutama oleh kumpulan militan Daesh. - AFP