Emas ketiga negara sepanjang kejohanan itu disumbangkan gandingan Aiman Asyraff Ahmad Bajuri-Mohd. Nur Rizuan Zainal dalam acara kejar-mengejar individu B lelaki dengan catatan empat minit 41.221 saat menewaskan rakan sepasukan Muhammad Afiq Afify Rizan-Muhammad Khairul Adha Rasol yang membawa pulang pingat perak.

Acara kejar-mengejar individu B lelaki turut menyaksikan pingat gangsa diraih skuad negara menerusi gandingan Aiman Asyraf Ahmad Bajuri-Mohd. Faizal Mohamed Noh.

Satu lagi emas negara disumbangkan pasangan Nur Azlia Syafinaz Mohd. Zais-Noraidillina Adilla J. Sam selepas merakam kepantasan tiga minit 55.076 saat mengalahkan rakan senegara Nur Syahida Tajudin-Nurul Suhada Zainal dalam acara kejar-mengejar individu B wanita.

Lebih manis, kejayaan itu menyaksikan gandingan tersebut berjaya memperbaharui rekod peribadi empat minit 4.000 saat yang dicatatkan ketika temasya Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos tahun lalu. - Bernama