Pada perlumbaan sejauh 208.3 kilometer itu, Minali, 22, menamatkan saingan dalam kelompok besar di podium pertama dengan catatan masa sebanyak 5 jam 18 minit 20 saat.

Pelumba kelahiran Itali itu turut merampas dua jersi utama iaitu kuning selaku pendahulu keseluruhan serta hijau (raja pecut) daripada penyandang terdahulu, Andrea Guardini dari pasukan Bardiani CSF. - K! ONLINE