Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, beliau maklum tentang perkara itu pagi tadi dan berharap masalah itu dapat diselesaikan dengan segera.

"Maklumat lanjut selepas menerima laporan terperinci kemudian," katanya di laman Twitter hari ini.

MYNIC Bhd. adalah satu-satunya penyelaras bagi semua laman sesawang tempatan di Malaysia yang berakhir dengan '.my'.

Gobind berkata demikian selepas membalas kiriman dihantar seorang pengguna akaun Twitter dikenali sebagai '@saradalina'. - Bernama