Penyanyi berusia 39 tahun yang baharu melahirkan cahaya mata pada 17 Mac lalu itu melancarkan aplikasi tersebut menerusi akaun Instagramnya semalam. 

Menerusi aplikasi berkenaan, Siti menjanjikan peminatnya akan berpeluang untuk menyaksikan gambar dan video secara eksklusif di akaun tersebut yang turut menggabungkan kesemua platform media sosial beliau. 

Aplikasi tersebut boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple App Store. - K! ONLINE