Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Masnizam Hisham berkata, sejak diperkenalkan pada 1998, sistem berkenaan mengesan 15 kes individu berada di atas trek termasuk kejadian hari ini.

"Kejadian hari ini merupakan kejadian pertama terdapat orang terjatuh di trek dan lain-lain kes adalah di mana terdapat individu turun untuk mengambil barang di trek.

"Setakat ini, tiada kematian direkodkan akibat orang terjatuh di atas trek di LRT laluan Kelana Jaya," katanya kepada pemberita selepas melawat seorang wanita hamil empat bulan yang tergelincir lalu terjatuh di atas trek di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Damai, di Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.

Katanya, pihaknya dalam proses memasang sistem PIES di stesen bawah tanah dan LRT Laluan Ampang serta Sri Petaling dan ia dijangka siap hujung tahun ini.- Bernama