Ketua Pengarah Kastam, Datuk Paddy Abdul Halim berkata, pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi membanteras kegiatan haram itu.

"Kami melakukan pemeriksaan yang lebih ketat terhadap kontena-kontena yang masuk ke dalam negara terutama di Pelabuhan Klang. 

"Kastam juga menyertai pasukan khas yang diwujudkan oleh kerajaan dan memandang serius kegiatan membawa masuk sisa plastik ke dalam negara," katanya kepada Bernama.

Isu sisa plastik mendapat perhatian apabila media melaporkan beratus-ratus kontena di Pelabuhan Klang yang diperiksa dalam 10 operasi pihak berkuasa mengandungi sampah haram yang dibawa masuk ke dalam negara. - Bernama