"Langkah ini bertujuan untuk mengetatkan penguatkuasaan bagi kesalahan-kesalahan itu, kata Lembaga Perumahan&Pembangunan, Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat, Agensi Alam Sekitar Nasional, Pasukan Polis Singapura dan Pihak Berkuasa Pembangunan Semula Bandar dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Menurut kenyataan bersama itu, kira-kira 60,000 kenderaan asing memasuki Singapura setiap hari.

"Kami memandang serius kegagalan mereka berbuat demikian. Untuk mengingatkan pemilik kenderaan asing untuk membayar denda yang belum dijelaskan, risalah telah diedarkan dan papan iklan dipasang di tempat pemeriksaan darat.

"Polis trafik dan agensi kerajaan yang lain juga menjalankan operasi di pusat pemeriksaan darat untuk mengesan pemandu kenderaan terbabit supaya menjelaskan denda," kata kenyataan itu. - Bernama