"Singapura telah membantah penceroboh berulang menerusi tiga TPN (Nota Pihak Ketiga)," kata Menteri Pengangkutan republik itu Khaw Boon Wan dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan tersebut dihantar kepada Bernama selepas sidang akhbar dengan media tempatan pada pukul 5 petang.

Memandangkan perkembangan provokatif baru-baru ini, Khaw berkata Singapura memutuskan untuk melebarkan Had Pelabuhan Singapura di luar Tuas melalui Pemberitahuan Maritim dan Penguasa Pelabuhan Singapura (Had Pelabuhan) (Pindaan) 2018.

"Pelebaran ini adalah dalam lingkungan Perairan Wilayah Singapura, dan menjejaki sempadan timur Had Pelabuhan Johor Bahru 1999. Warta itu berkuaskuasa hari ini," kata Boon Wan. - Bernama