Dalam operasi yang dijalankan mulai pukul 3 hingga 4 petang itu, suspek lelaki berusia 47 tahun diberkas dalam serbuan pertama di Jalan Tengah, Bayan Lepas di sini.

Pengarah JSJN, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, susulan penahanan suspek telah membawa pasukan polis ke sebuah gudang di Jelutong sekali gus menemui sebanyak 1,066 kilogram dadah disyaki syabu.

"Kita percaya, dadah yang dipek di dalam bungkusan teh Cina itu akan dieksport ke luar negara melalui jalan laut atau darat.

"Sebahagian dadah yang dirampas juga masih berada di dalam sebuah lori yang ditemui di dalam gudang berkenaan," katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini sebentar tadi. - K! ONLINE