Operasi oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Pulau Pinang dan Sekretariat Nukleus Narkotik (SNN) Kedah itu dijalankan mulai pukul 6.15 petang.

Dalam serbuan tersebut, polis berjaya membongkar dua buah rumah yang dijadikan setor simpanan syabu di Taman Island Glades, Glugor.

Timbalan Pengarah JSJN, Datuk Kang Chez Chiang berkata, dalam pemeriksaan di rumah berkenaan polis berjaya merampas sebanyak 473 bungkusan teh Cina yang mengandungi dadah jenis syabu.

"Kita turut menemui 13 bungkusan pil ekstasi seberat 26 kilogram dalam serbuan di kedua-dua kediaman tersebut manakala suspek ditahan di lokasi berasingan di negeri ini.

"Kita percaya, kesemua dadah itu  dibawa masuk melalui jalan darat atau laut dari negara Utara Myanmar, Laos dan mungkin melalui Thailand," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini semalam.

Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman, Datuk Arjunaidi Mohamed dan Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik.

Chiang memberitahu, pihaknya turut menyita tiga buah kereta, wang tunai RM20,000, pelbagai barang kemas dan seutas jam tangan yang kesemuanya bernilai RM147,000. -K! ONLINE